PROTOKOL MINUM AIR KANGEN
Protokol ialah syarat-syarat penting (code of procedure) yang perlu di ikuti oleh peminum-peminum Air Kangen untuk mendapat kesihatan terbaik, lebih-lebih lagi kepada pesakit-pesakit yang mengunakan rawatan Air Kangen (Kangen Water Theraphy).
– Keperluan air badan adalah suatu keperluan yang mesti diberi perhatian utama dan serius. Kadar alkali darah pH 7.365 juga sangat perlu dijaga dan diutamakan kerana badan sangat mudah mendapat penyakit hanya dengan perubahan tahap kealkalian yang sangat kecil. Membiarkan tahap alkali badan yang rendah terlalu lama, disamping penggunaan rawatan yang tidak tepat serta langkah-langkah sampingan yang penting dan perlu, tidak berjaya digabungjalin bersama secara menyeluruh, maka proses penyembuhan menjadi lambat. Penyakit-penyakit kecil dan ringan telah menambah dengan semakin banyak dan kronik, maka inilah penyebab penurunan kesihatan yang cepat dan ketara.
– Memulih semula kesihatan menjadi lebih mudah apabila anda mampu mengisi semula kadar air yang berkurang dan meningkatkan semula kadar alkali darah. Untuk mengekalkan kesihatan sentiasa terbaik dan optima, protokol minum air kangen sangat perlu diikuti secara terperinci.
– Setiap orang perlu terus kekal minum Air Kangen dan tidak mudah berputus-asa untuk menjalani Kangen Water Theraphy ini. Cara minum juga perlu berterusan dan penuh kesabaran.
– Adalah dinasihatkan meminum Air Kangen semata-mata tanpa berselang-seli dengan air-air lain seperti air R.O(Reverse Osmosis), air mineral dan lain-lain untuk mendapatkan hasil yang cepat dan terbaik.
– Minum Air Kangen sangat perlu dijaga kuantiti air dan kekerapannya. Sememangnya proses ditoksifikasi untuk Kangen Water theraphy akan berlaku “Cleansing Symptoms/Healing Crisis” seperti
-
Pening kepala
-
Cirit birit
-
Batuk
-
Lenguh dan lemah badan
-
Bisul-bisul(skin eruption)
-
Mengantuk berlebihan
Untuk orang-orang yang berpenyakit, “Cleansing Symptoms” akan berlaku lebih lama dan pelbagai. Jika perlu minum banyak air, kekalkan pada pH 7.0.
PROTOKOL MINUM AIR
Minum air Kangen 3 liter sehari
– Selepas bangun tidur = 250ml
– Sebelum subuh = 250ml
– Selepas subuh = 250ml
– Sebelum zohor = 250ml
– Selepas zohor = 250ml
– Sebelum asar = 250ml
– Selepas asar = 250ml
– Sebelum magrib = 250ml
– Selepas magrib = 250ml
– Sebelum Isyak = 250ml
– Selepas Isyak = 250ml
– Sebelum tidur = 250ml
250ml 12 kali sehari = 3 liter
-Setiap orang perlu sediakan bekas minuman bersekala/bersukatan supaya mampu mendisiplin diri untuk minum jumlah air seperti jadual. Menjaga jumlah air yang diminum akan memberi kesan besar kepada kesihatan setiap individu.
-Sewaktu bangun tidur digalakkan terus minum Air Kangen kerana badan telah berehat selama 6-8 jam tidur. Maka badan sangat memerlukan air untuk mengaktifkan organ-organ. Proses ditoks juga akan berlaku dengan sempurna sebelum sarapan pagi.
-Minum Air Alkali Tinggi pH 8.5 , pH 9.0 , pH 9.5 kira kira 15-20 minit sebelum makan, akan mengaktifkan Asid Hidroklorik untuk penyerapan nutrien-nutrien dan zat-zat makanan dengan lebih baik. Ia juga mengaktifkan sistem penghadaman dengan adanya sedikit air di dalam perut. Air Alkali tinggi juga banyak mineral maka sangat membantu penyerapan nutrien-nutrien makanan kita.
-Tidak digalakkan minum air ketika makan supaya asid pencernaan dapat berfungsi kepada makanan dengan berkesan. Jika minum Air Alkali maka asid perut akan dineutralkan, maka makanan yang dimakan tidak tercerna dengan sempurna. Minum air hanyalah 1 jam selepas makan.
Promosi kesihatan Air Kangen yang saya sediakan adalah supaya:
-
Setiap orang perlu minum jumlah air yang bertepatan dengan berat badan mereka.
-
Jumlah air yang diminum menjadi faktor penentu sihat atau sakit badan kita kerana kuantiti adalah prioriti.
-
Air Kangen perlu diminum berterusan secara tetap kerana setiap hari badan kita sentiasa menerima makanan, minuman dan udara pernafasan yang merosakkan sel-sel badan.
-
Air kangen sangat penting diminum secara berterusan walaupun penyakit-penyakit telah sembuh kerana setiap penyakit pasti akan datang semula kedalam badan terutama kanser, maka dengan berterusan minum Air Kangen anda sedang membuat rawatan kanser setiap hari, maka risiko berulangnya penyakit adalah sangat rendah.


